Thursday, August 21, 2008
Al-kesah kerbau naik ke katil
PKR: Sumpah & DNA, Umno-BN bankrap isu
HIMPUNAN MENYOKONG CALON PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH di LONDON
Sampaikan Mesej ini kepada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih.
Butiran adalah seperti berikut: Lokasi: Malaysian Student Department (MSD) London.Waktu: 2 pmTarikh: 23 Ogos 2008
Sebarang pertanyaan sila hubungi:Farhan Fauzi : ahan.fauzi@gmail.com Julailey Jemadi : +447889125195/nayeel4ever@yahoo.com
PENJELASAN DSAI ISU TERKINI
Isu UiTM,
Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra. Saya telahpun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut. Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.
Saya menyinggung isu ini beberapa hari sabelum majlis berlansung. Pendirian saya konsisten iaitu menghormati hak sesiapa saja untuk mengulas serta memberi pandangan terhadap sebarang isu. Namun memandangkan sensiviti mauduk, serta persepsi sebahagian umat Islam seolah-olah terdapat rencana menghina Islam, maka saya cenderung agar isu tersebut dibincang secara tertutup. Saya menyambut baik pendirian Tuan Guru Ustaz Hadi, Presiden Pas tatkala mengulas isu tersebut. Malah Majlis Profesional Muslim berjaya merumuskan keadaan dengan mantap melalui kenyataan mereka. Kepimpinan parti pastinya berhasrat untuk mendengar penjelasan dari YB Zulkifli terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan perbincangan empat mata dengan saya.
ANWAR IBRAHIM
Unsur Keraguan & Motif Politik Dalam ‘Sumpah Laknat’ Saiful
16 Ogos 2008
Sumpah Saiful Bermotif Politik Sempit & Penuh Keraguan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.
Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?
Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?
Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.
AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama’ tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa ‘persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah’. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleg digunapakai dalam kes ini.
Pendakwaan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.
AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan ’selamat bertanding’ kepada Dato’ Seri Anwar.
Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.
AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Monday, August 11, 2008
Banyak fitnah bakal muncul di Permatang Pauh - AMK
KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini tidak dapat ditolak kemungkinan lebih banyak fitnah menimpa pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohammad berkata, pihak lawan sebolehnya mahu melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan dalam usaha menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat.
“Cara berkenaan juga bertujuan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang kini berjaya menambat hati masyarakat di merata tempat,” ujarnya di sini.
Sehubungan itu, beliau berharap jalinan kesepakatan antara tiga komponen parti perlu diperhebat dalam usaha menyatu padukan gabungan yang sudah sedia terjalin.
Wan Khairul turut mengkritik Umno yang tidak ikhlas menawarkan pakatan bersama PAS baru-baru ini kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu.
Menurut beliau sekiranya Umno ikhlas bagi tujuan itu Umno tidak sepatutnya mengenepikan KeADILan untuk turut serta dalam pakatan tersebut.
“Tetapi jelas memperlihatkan kepada kita Umno tidak ikhlas kerana hanya mengajak PAS sahaja dan tentunya ia mempunyai agenda politik tertentu.
“Sekiranya benar ingin memperbaiki atau membela bangsa Melayu atau Islam itu sendiri, kenapa tidak mengajak KeADILan bersama,” katanya.