Saturday, March 27, 2010

ALFATIHAH......

ALFATIHAH BUAT DATO ZAINAL ABIDIB AHMAD.MOGA DI CUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA.

Monday, May 04, 2009

SELANGOR SEDIA LAWAN KENAIKAN TARIF.....

KENYATAAN AKHBAR
31 Mac 2009

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor kesal terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk terus beroperasi sebagai konsesi dan yang secara langsung menyetujui permintaan Syabas hendak menaikkan tarif air.
Keputusan tersebut bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap pentadbiran negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebaliknya terhadap pembayar cukai seluruhnya.
Malahan, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession Agreement - CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter yang ditetapkan CA.
Tambahan pula Syabas didapati melanggar syarat-syarat dalam CA. Perkara ini sudahpun dibawa ke pengetahuan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, di samping permohonan kita untuk membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.
Walau bagaimanapun, Menteri berkenaan MASIH eggan mengambil tindakan terhadap Syabas, sebaliknya telah menyatakan hasrat untuk memberikan lesen kepada Syabas untuk meneruskan operasinya dengan alasan hak tersebut di luar kuasa Kerajaan Selangor.
Keputusan ini bukan sahaja bertentangan dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula perkhidmatan air di Malaysia tetapi juga menjejaskan kepentingan pengguna seluruhnya.
Sebenarnya keputusan untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi belum mampu dipenuhi oleh Syabas. Paling mendukacitakan, beberapa kepincangan ditemui semasa audit dilakukan, dan hal ini menguatkan lagi alasan betapa tidak layaknya Syabas memikul tanggungjawab meneruskan operasi air.
Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kesan buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam, maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian.
Kerajaan Pakatan Rakyat berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air diSelangor. Untuk memahami isu-isu terbabit dalam pengurusan air di Selangor, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi berhubung isu ini di http://www.airuntukrakyat.com.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

1MALAYSIA:SEKADAR KOSMETIK DAN LUNAK RETORIK....

“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”
………
Laungan di atas cukup melunakkan setelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!
Setelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.
Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.
Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.
Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.
Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.
Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!
Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?
Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat setelah diperintah Umno selama satengah abad.
Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!

ANWAR IBRAHIM

APA NAK JADI....

KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT
30 April 2009

Parti Keadilan Rakyat merasa terperanjat kerana kelulusan yang diberi oleh kerajaan baru-baru ini untuk membina kabel kuasa elektrik menghubungi Sarawak dengan Semenanjung bagi bekalan elektrik dari Bakun. Kerajaan mendakwa harga kabel dan penyaluran elektrik ini lebih murah daripada menjana kebolehan (kapasiti) yang perlu di Semenanjung. Kami menggesa Kerajaan supaya mengeluarkan angka-angkanya untuk diperiksa.Selanjutnya, kami meminta Kerajaan menunjukkan di manakah EIA dan rancangan pengurusan risiko yang menjadi asas bagi membuat keputusan ini. Adakah ini satu lagi kes buat dulu kemudian keluarkan EIA?Kami ingin bertanya: adakah Kerajaan bersedia Semenanjung terdedah kepada kemungkinan malapetaka kegagalan? Misalnya, apa akan jadi kepada kabel yang dicadangkan itu seandainya berlaku malapetaka seperti yang menimpa hubungan internet akibat gempa bumi berdekatan Taiwan pada bulan Disember 2006? Dengan internet boleh dilakukan “rerouting” (pelencongan) - bahkan inipun mengganggu internet selama beberapa minggu. Tetapi ini tidak boleh dilakukan kepada elektrik, ataupun boleh dilakuan hanya dengan harga yang mahal. Buktikan kepada kami penilaian risiko yang telah dibuat.Kita ketahui sekarang ini rakyat Sarawak, terutama sekali mereka di kawasan pedalaman, tidak mendapat bekalan elektrik yang cukup. Mengapakah mereka tidak diberi keutamaan supaya medapat bekalan elektrik yang termampu?. Menteri yang bertanggungjawab tentu menyedari tentang sentimen yang meluas bahawa Persekutuanlah yang mendapat manfaat lebih daripada sumber-sumber hasil Sarawak. Kami yakin rakyat di Persekutuan pun mahu rakyat Sarawak mendapat manfaat utama dari Bakun. Kami tidak ingin melihat keadaan berterusan manakala orang kampung terpaksa membayar sampai RM60 sebulan bagi bekalan elektrik kira-kira 4 jam sehari saja.Akhirnya, ada beberapa kenyataan ganjil yang dilaporkan oleh media. Akhbar The Star melaporkan menteri berkenaan menyatakan Semenanjung akan diberi bekalan sebanyak 10,000 megawatt. Bagaimana ini boleh berlaku manakala Bakun hanya boleh menjana 2,400 megawatt?

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, PKR

Tuesday, March 10, 2009

PERJUMPAAN.....

Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.
Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.
Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.
Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!
Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?
Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Friday, February 20, 2009

UMNO MUDAH LUPA........

Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung). Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja. Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK. Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat. krisis perlembagaan 1983 Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain. Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam. Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu. Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13). Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar). juara menderhaka Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993. Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu. mengaibkan raja-raja Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka". "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana? jahil bahasa istana Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka� . Naif dan ceteknya pemikiran Umno. Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan. Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang? Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)). undi tidak percaya Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun. Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker. Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: "Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad". Dun tentukan status Adun Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak. Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk "memohon menyembah sembah derhaka" untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka.

RAMPASAN KUASA

RAMPASAN KUASA DI PERAK : ZIONIST ISRAEL DALANG UTAMA…?

Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
LL.B (Hons) UIAM
Laman Blog : www.ezli007.blogspot.com / email : ezli007@hotmail.com
No Tel : 017-6543974

‘Rampasan kuasa di Perak Darul Ridzuan ini dengan taktik ala-Mossad Zionist Israel membuktikan budaya penculikan politik, ugut dan ancam merupakan satu bentuk keganasan terbaru terhadap sistem siasah di Malaysia pada masa akan datang…’

‘Rampasan kuasa ini adalah satu bentuk keganasan terhadap kuasa keramat rakyat yang cintakan keadilan, kerajaan yang adil dan good governance…’

Situasi siasah dan rampasan kuasa oleh UMNO/BN di Perak Darul Ridzuan semakin gawat dan meruncing. Kini pihak Istana sudah terlibat dan bakal berhadapan serta perlu menjawab kepada kuasa rakyat. Menafikan hak rakyat yang telah secara sah memilih Pakatan Rakyat mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang merupakan satu bentuk keganasan terhadap hak dan kemerdekaan rakyat.

Rampasan kuasa di Perak juga memperlihatkan sikap media-media utama kerajaan Malaysia dipergunakan sekali lagi untuk menjustifikasikan keadaan politik di Perak. Malahan jentera kerajaan Malaysia juga dipergunakan dalam rampasan kuasa ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak PDRM yang perlu menjadi pelindung kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang tidak menjalankan amanah sewajarnya. Tetapi dilihat akur kepada tekanan penguasa yang korup dan zalim.

Rampasan kuasa ini juga dilihat sebagai satu serangan terhadap negeri-negeri yang berdaulat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Tragedi hitam rampasan kuasa ini tidak ubah seperti tindakan Zionist Israel yang menyerang Gaza serta melakukan perbuatan keganasan dan kezaliman terkutuk. Ianya berlaku ketika proses peralihan kuasa antara George Walker Bush kepada Barack Hussin Obama.Di Perak ketika dijangka akan berlakunya proses peralihan kuasa antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak pada bulan Mac 2009 ini. Satu siri rampasan kuasa dilaksanakan di sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Majlis angkat sumpah oleh Menteri Besar daripada UMNO/BN ini akan menjadi satu detik hitam secara rasminya kejatuhan kedaulatan sebuah kerajaan rakyat. Jelas ketika mana Menteri Besar yang rasmi Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memutuskan tidak meletak jawatan. Adalah satu tindakan bertentangan apabila ada yang mendakwa untuk menjadi Menteri Besar yang baru.

Walaupun dalam tindakan ini, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak namun kuasa Sultan Perak tidak menjangkau boleh mengarahkan dan memecat seorang Menteri Besar yang sah di sisi perlembagaan dan undang-undang. Ianya cukup jelas bahawa tindakan Sultan Perak sudah melebihi kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Justeru itu dalam situasi kini, semua pihak perlu menunggu satu keputusan daripada mahkamah dalam memutuskan kes yang di bawa oleh pihak Pakatan Rakyat yang mendakwa ketiga-tiga ADUN tersebut sudah meletak jawatan. Oleh itu dalam tempoh ini Dewan Undangan Negeri Perak perlu digantung untuk sementara waktu menunggu keputusan daripada pihak mahkamah. Kita berharap mahkamah bertindak adil dan tanpa sebarang unsur tekanan dan desakan daripada mana-mana pihak.

Dalam sejarah pilihanraya di Malaysia belum pernah berlaku apabila ketua negara atau negeri memohon untuk membubarkan Parlimen atau DUN. Pihak istana menolak permohonan pembubaran tersebut. Jika ianya terjadi ia akan menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan yang hebat. Keputusan pihak Istana menolak pembubaran sesebuah kerajaan hanya akan menjadi precedent kepada permohonan pembubaran mana-mana kerajaan pada masa akan datang. Kesan penolakkan pembubaran ini bakal memberi kesan kepada perundangan pada masa hadapan.

Buat masa ini menggantung DUN adalah pilihan terbaik jika permohonan pembubaran ini di tolak. Jadi jika Menteri Besar mengangkat sumpah ini hanya akan menambah lagi krisis perlembagaan kerana Perak akan mempunyai dua Menteri Besar pada masa yang sama. Malahan perlantikan exco-exco juga daripada UMNO/BN juga dianggap tidak sah dan mengundang tindakan mahkamah di masa hadapan.

Rakyat perlu menolak pimpinan rasuah. Mendokong pimpinan rasuah hanya akan menjerumuskan negeri dan negara ke arah kehancuran.Kenyataan perenggan di bawah menjadi bukti supaya rakyat menolak sebuah kerajaan di bina atas dasar rasuah.

The 14th century Arab sociologist Abdul-Rahman ibn-Khaldun postulated that civilisations inevitably collapse from within as a result of corruption and moral decadence, and a disintegration of the institutions of accountability.i

Abdul Rahman ibn Khaldun, The Muqaddimah (Princeton: Bollingen Series, 1967).

And then four centuries later Thomas Jefferson also warned against the abuse of unlimited powers by elected despots and foretold that there would come a time “when corruption in this, as in the country from which we derive our origin, will have seized the heads of government, and be spread by them through the body of the people; when they will purchase the voices of the people, and make them pay the price.”

Thomas Jefferson, Notes on Virginia, 1781-82.

Sebab itu perjuangan menentang terbinanya penubuhan kerajaan berasaskan rasuah perlu ditentang habis-habisan oleh semua lapisan masyarakat. Kegagalan kita menghalang terbinanya sebuah kerajaan berasaskan rasuah hanya akan membawa kehancuran daripada dalam sesebuah negeri atau tamadun. Malahan keadilan dan keberkatan pemerintahan juga semakin akan menghilang daripada mendapat rahmat dan lindungan daripada Allah.

Kita mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa ini kerana ia menzalimi kuasa rakyat yang telah membuat pilihan. Ia juga satu keganasan yang tidak boleh diterima dalam konteks pemerintahan yang adil. Operasi culik dan ugut ini perlu dihentikan sedaya upaya kita. Ianya tidak ubah seperti tindakan zalim Zionist Israel yang tidak mengiktiraf Hamas sebagai pemerintah sah di Palestin. Di sini rakyat menerima kesan tindakan zalim ini.

Ketika kita bersungguh-sungguh menentang kezaliman dan tindakan ganas Zionist Israel terhadap Palestin. Kita juga jangan mengimport budaya kejam dan zalim ini dalam budaya siasah kita di Malaysia. Belumpun bakal Perdana Menteri ke-6 dinobatkan sebagai PM baru Malaysia,tindakan dan gayanya menggambarkan suasana siasah di Malaysia menuju jalan suram dan akan penuh dengan konflik.

Justeru situasi ini perlu dihentikan segera. PM sekarang Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikirkan semula pelan peralihan kuasa ini. Tindakan ini dilihat mampu memberi harapan baru untuk Malaysia bangkit daripada kemelut ekonomi yang semakin meruncing ini. Kita tidak mahu nasib rakyat diperjudikan hanya untuk memenuhi kehendak segelintir kelompok elit yang akan terus menggunakan wang rakyat bagi kepentingan mereka sahaja.
Jelas kini,rampasan kuasa ini hanya mengundang tertubuhnya sebuah kerajaan haram di sisi perlembagaan dan undang-undang. Suara rakyat akan terus menjadi HAKIM kepada kemelut siasah di Perak ini. Diam dan hanya mengiakan tindakan rampasan kuasa ini hanya akan membuka ruang kepada hak rakyat dirobek dan tidak dihormati.

Akhirnya, kepada hero-hero rakyat yang sedang membaca sehingga akhir artikel ini. Peranan dan tugas anda amat diperlukan pada saat ini. Kegagalan kita beritindak bijak pada saat ini hanya akan menjadi bahan cemuhan generasi akan datang kerana sikap mendiam kita sendiri tanpa pendirian. Kembalikan Hak Rakyat !!!.