Thursday, October 16, 2008

NOTIS MESYUARAT AGONG AMK BAHAGIAN HULU LANGAT SELANGOR.

MESYUARAT AGONG AMK BAHAGIAN



LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI BANDAR RINCHING, SEMENYIH

WAKTU :10.00 PAGI

TARIKH :26-10-2008

KEHADIRAN :AHLI- AHLI AMK BAHAGIAN HULU LANGAT.


Semua Ahli AMK Bahagian Di Jemput Hadir.

Monday, September 08, 2008

FADHILAT RAMADHAN........

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

ISU MB SELANGOR; PUTAR BELIT MEDIA ARUS PERDANA

September 8th, 2008 at 5:04 pm

KENYATAAN MEDIAANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
8 SEPTEMBER 2008
ISU MB SELANGOR; PUTAR BELIT MEDIA ARUS PERDANA
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia kecewa dengan laporan berat sebelah yang dimainkan oleh media arus perdana berkaitan isu MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak turun padang meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampong di Selangor baru-baru ini.
Media arus perdana cuba menggambarkan bahawa MB Selangor tidak mempedulikan nasib rakyat yang ditimpa malapetaka dan menganggap perbuatan tersebut hanya membazirkan masa beliau semata-mata.
Hakikatnya, beliau telah mengarahkan 2 orang Exconya iaitu YB Rodziah dan YB Dr Halimah Ali untuk menguruskan hal tersebut. Malah beliau turut mengarahkan melalui sms supaya mangsa ditempatkan di dewan dan memberi jaminan makanan serta perlindungan dengan segera. Selanjutnya beliau memantau perkembangan berkaitan secara dekat melalui 2 Exco tersebut disamping terus mengusahakan bantuan tambahan buat mangsa.
Namun begitu, AMK menasihati Tan Sri Khalid supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan memandangkan Barisan Nasional khususnya UMNO akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk menyerang pimpinan negeri-negeri di bawah pakatan rakyat. AMK tetap menegaskan bahawa tindakan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat khususnya ketika dilanda bencana merupakan tindakan yang tidak boleh dianggap membuang masa serta membazir.
AMK Malaysia dengan dibantu AMK Selangor akan terus memantau perkembangan masalah banjir yang menimpa rakyat di Dun Selat Kelang dan melalui Skuad AMK akan membantu serta bekerjasama dengan mana-mana pihak didalam memberi khidmat kepada rakyat yang memerlukan.

Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Naib KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor

Sunday, September 07, 2008

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN

30 Ogos 2008

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan 31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa 51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia. Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Thursday, August 21, 2008

Al-kesah kerbau naik ke katil

Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama.CERITANYA: Ada seorang Anak Muda yang telah dipilih oleh orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu, dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini dimiliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan oleh arwah suami perempuan ini. Apabila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga berasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru. Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata, dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga berasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.Kemudian di hadapan orang-orang kampung, Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan sampai dapat..Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam itek, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin – semuanya habis dikebas. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini disimpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang-alik ke pulau itu.Suatu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu, semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.Mengikut cerita yang empunya cerita, Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung lain. Apabila si suami telah berpindah, maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu. Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.Orang-orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.Al-kesah punya kesah – orang-orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu disimpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan. Cerita kerbau jantan yang hilang ini perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan, maka pastilah dia tidak akan diangkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.Apabila orang kampung mendengar jeritan ini, mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang bersama mereka melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.Ketika semua ini berlaku, Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali, maka mereka berasa senang hati dan berundur pulang.Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya, dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu-menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu-lalang di hadapan rumah ini, mereka tidak melihat pun kerbau jantan itu.Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah ditemui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya. Dengan serta-merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak dilantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini ditangkap dan dipasung untuk disula. Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta-merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk disula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka. Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring: Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?Apabila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang-orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal. Macam mana kerbau boleh naik tangga? Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodoh-bodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan. Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang-pukang meninggalkan kampung. Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampung hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun-temurun yang disampaikan oleh nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit. Wallahu a’lam bissawwab.

PKR: Sumpah & DNA, Umno-BN bankrap isu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius beberapa perkembangan yang berlaku mutakhir ini, membabitkan sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan usaha meluluskan Akta Identifikasi DNA di Parlimen.Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, AMK melihat gesaan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut melakukan sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, adalah gesaan yang tidak berasas sama sekali."Gesaan yang ke atas Datuk Seri Anwar jelas sekali bersifat politik dan bermotifkan peribadi, dalam keadaan sumpah laknat itu sendiri tidak terpakai di dalam prosedur perundangan Islam. "Pandangan tegas beberapa ulamak dalam dan luar negara perlu dipandang serius, apabila sumpah laknat Saiful tidak menepati syariat dan membelakang prinsip perundangan Islam yang telus lagi adil," katanya dalam satu kenyataan.Shamsul berkata, di saat Saiful terus dilindungi polis sehingga kini, bukan menjadi sesuatu yang sukar bagi rakyat untuk membaca percaturan politik sempit tajaan Umno-BN.'Usaha terdesak'"Tindakan kerajaan yang kelihatan tergesa-gesa membawa rang undang-undang Akta Identifikasi DNA ke Parlimen Isnin lalu, juga jelas menggambarkan usaha terdesak mereka untuk melengkapkan konspirasi tempang ciptaan Umno-BN untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar untuk memimpin rakyat Malaysia selepas 26 Ogos depan."Jika benar Akta tersebut telah digubal semenjak tahun 2001 sebagaimana didakwa oleh Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri sendiri, mengapa ia perlu mengambil masa hampir lapan tahun untuk digazetkan sebagai undang-undang?"AMK mencabar kerajaan untuk membariskan kes-kes jenayah yang menghadapi masalah untuk memperoleh sampel DNA sebelum kes liwat ciptaan Umno-BN ke atas Datuk Seri Anwar ini 'mengambil tempat' pada 28 Jun 2008 lepas, bagi membuktikan Akta ini mempunyai kepentingan yang mendesak," tegas Shamsul lagi.AMK, katanya, akan terus mendepani jentera penerangan Pakatan Rakyat untuk menerangkan kepada rakyat apa yang terselindung di sebalik konspirasi tempang ciptaan Umno-BN ini, supaya kemenangan rakyat terus diperoleh pada 26 Ogos nanti."Malaysia perlu dimerdekakan daripada politik sempit ciptaan Umno-BN!" tambahnya.

HIMPUNAN MENYOKONG CALON PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH di LONDON

Anwar Ibrahim Club United Kingdom ( AIC UK) akan menganjurkan perhimpunan secara aman di depan Malaysian Student Department (MSD) untuk memberikan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh. Kami berharap seluruh rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom akan turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan.
Sampaikan Mesej ini kepada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih.
Butiran adalah seperti berikut: Lokasi: Malaysian Student Department (MSD) London.Waktu: 2 pmTarikh: 23 Ogos 2008
Sebarang pertanyaan sila hubungi:Farhan Fauzi : ahan.fauzi@gmail.com Julailey Jemadi : +447889125195/nayeel4ever@yahoo.com

PENJELASAN DSAI ISU TERKINI

Berikut adalah penjelasan DSAI terhadap 2 isu yang sedang diputarbelitkan oleh media arus perdana sempena menjelangnya Pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Putarbelit ini tidak lain dan bukan hasil dari ketakutan pihak UMNO dan BN terhadap kekuatan kerjasama yang semakin kukuh di dalam Pakatan Rakyat -


Isu UiTM,


Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra. Saya telahpun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut. Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.




Isu Forum Majlis Peguam


Saya menyinggung isu ini beberapa hari sabelum majlis berlansung. Pendirian saya konsisten iaitu menghormati hak sesiapa saja untuk mengulas serta memberi pandangan terhadap sebarang isu. Namun memandangkan sensiviti mauduk, serta persepsi sebahagian umat Islam seolah-olah terdapat rencana menghina Islam, maka saya cenderung agar isu tersebut dibincang secara tertutup. Saya menyambut baik pendirian Tuan Guru Ustaz Hadi, Presiden Pas tatkala mengulas isu tersebut. Malah Majlis Profesional Muslim berjaya merumuskan keadaan dengan mantap melalui kenyataan mereka. Kepimpinan parti pastinya berhasrat untuk mendengar penjelasan dari YB Zulkifli terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan perbincangan empat mata dengan saya.


ANWAR IBRAHIM

Unsur Keraguan & Motif Politik Dalam ‘Sumpah Laknat’ Saiful

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

16 Ogos 2008

Sumpah Saiful Bermotif Politik Sempit & Penuh Keraguan

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan.

Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa ‘beliau diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas Datuk Seri Anwar, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa Saiful mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?
Persoalan timbul mengapa wujud percanggahan ketara di dalam dua fakta utama kes ini.
AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama’ tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa ‘persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah’. Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleg digunapakai dalam kes ini.

Pendakwaan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.
AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan ’selamat bertanding’ kepada Dato’ Seri Anwar.

Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu.

AMK penuh yakin dan percaya, melihat kepada sokongan hebat 70,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini, adalah diyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Dato’ Seri Anwar.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Monday, August 11, 2008

Banyak fitnah bakal muncul di Permatang Pauh - AMK

KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini tidak dapat ditolak kemungkinan lebih banyak fitnah menimpa pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohammad berkata, pihak lawan sebolehnya mahu melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan dalam usaha menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Cara berkenaan juga bertujuan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang kini berjaya menambat hati masyarakat di merata tempat,” ujarnya di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap jalinan kesepakatan antara tiga komponen parti perlu diperhebat dalam usaha menyatu padukan gabungan yang sudah sedia terjalin.

Wan Khairul turut mengkritik Umno yang tidak ikhlas menawarkan pakatan bersama PAS baru-baru ini kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu.

Menurut beliau sekiranya Umno ikhlas bagi tujuan itu Umno tidak sepatutnya mengenepikan KeADILan untuk turut serta dalam pakatan tersebut.

“Tetapi jelas memperlihatkan kepada kita Umno tidak ikhlas kerana hanya mengajak PAS sahaja dan tentunya ia mempunyai agenda politik tertentu.

“Sekiranya benar ingin memperbaiki atau membela bangsa Melayu atau Islam itu sendiri, kenapa tidak mengajak KeADILan bersama,” katanya.