Thursday, August 21, 2008

PENJELASAN DSAI ISU TERKINI

Berikut adalah penjelasan DSAI terhadap 2 isu yang sedang diputarbelitkan oleh media arus perdana sempena menjelangnya Pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Putarbelit ini tidak lain dan bukan hasil dari ketakutan pihak UMNO dan BN terhadap kekuatan kerjasama yang semakin kukuh di dalam Pakatan Rakyat -


Isu UiTM,


Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra. Saya telahpun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut. Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.




Isu Forum Majlis Peguam


Saya menyinggung isu ini beberapa hari sabelum majlis berlansung. Pendirian saya konsisten iaitu menghormati hak sesiapa saja untuk mengulas serta memberi pandangan terhadap sebarang isu. Namun memandangkan sensiviti mauduk, serta persepsi sebahagian umat Islam seolah-olah terdapat rencana menghina Islam, maka saya cenderung agar isu tersebut dibincang secara tertutup. Saya menyambut baik pendirian Tuan Guru Ustaz Hadi, Presiden Pas tatkala mengulas isu tersebut. Malah Majlis Profesional Muslim berjaya merumuskan keadaan dengan mantap melalui kenyataan mereka. Kepimpinan parti pastinya berhasrat untuk mendengar penjelasan dari YB Zulkifli terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan perbincangan empat mata dengan saya.


ANWAR IBRAHIM

No comments: