Thursday, August 21, 2008

PKR: Sumpah & DNA, Umno-BN bankrap isu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius beberapa perkembangan yang berlaku mutakhir ini, membabitkan sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan usaha meluluskan Akta Identifikasi DNA di Parlimen.Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, AMK melihat gesaan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut melakukan sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, adalah gesaan yang tidak berasas sama sekali."Gesaan yang ke atas Datuk Seri Anwar jelas sekali bersifat politik dan bermotifkan peribadi, dalam keadaan sumpah laknat itu sendiri tidak terpakai di dalam prosedur perundangan Islam. "Pandangan tegas beberapa ulamak dalam dan luar negara perlu dipandang serius, apabila sumpah laknat Saiful tidak menepati syariat dan membelakang prinsip perundangan Islam yang telus lagi adil," katanya dalam satu kenyataan.Shamsul berkata, di saat Saiful terus dilindungi polis sehingga kini, bukan menjadi sesuatu yang sukar bagi rakyat untuk membaca percaturan politik sempit tajaan Umno-BN.'Usaha terdesak'"Tindakan kerajaan yang kelihatan tergesa-gesa membawa rang undang-undang Akta Identifikasi DNA ke Parlimen Isnin lalu, juga jelas menggambarkan usaha terdesak mereka untuk melengkapkan konspirasi tempang ciptaan Umno-BN untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar untuk memimpin rakyat Malaysia selepas 26 Ogos depan."Jika benar Akta tersebut telah digubal semenjak tahun 2001 sebagaimana didakwa oleh Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri sendiri, mengapa ia perlu mengambil masa hampir lapan tahun untuk digazetkan sebagai undang-undang?"AMK mencabar kerajaan untuk membariskan kes-kes jenayah yang menghadapi masalah untuk memperoleh sampel DNA sebelum kes liwat ciptaan Umno-BN ke atas Datuk Seri Anwar ini 'mengambil tempat' pada 28 Jun 2008 lepas, bagi membuktikan Akta ini mempunyai kepentingan yang mendesak," tegas Shamsul lagi.AMK, katanya, akan terus mendepani jentera penerangan Pakatan Rakyat untuk menerangkan kepada rakyat apa yang terselindung di sebalik konspirasi tempang ciptaan Umno-BN ini, supaya kemenangan rakyat terus diperoleh pada 26 Ogos nanti."Malaysia perlu dimerdekakan daripada politik sempit ciptaan Umno-BN!" tambahnya.

No comments: