Friday, February 20, 2009

UCAPAN MENGHINA ISLAM......

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA. (Kenyataan cet det kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif (Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan – (Kenyataan cet det pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. Ucapan cet det pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti. Ucapan cet det pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama. (Kenyataan cet det kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud. (Ucapan cet det pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam. Ucapan cet det pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – (Ucapan cet det pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. (Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. (cet det, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993) " Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan (Dr., cet det ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." (Dr. cet det, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik (cet det, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." cet det, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (cet det, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." cet det, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (cet det, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (cet det, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." cet det, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." cet det, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." (Datuk Seri Najib, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (cet det, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." (Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." " cet det (, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." (cet det ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (cet det 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. cet det berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr cet det ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu. (cet det 3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (cet det 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. cet det (2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. cet det (1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam) (Dato' Seri Najib 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'. cet det (11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini. • Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim Allah swt." (al-An'am:57) • Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44) • Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45) • Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47) • Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50) MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT cet det, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak budak. Pisau cukur pun tak budak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir". MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK cet det, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". cet det: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". cet det (, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, cet det yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa". • Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31) • Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim) MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA' (cet det, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (cet det, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". • Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:2 • Rasullullah bersabda: • "Ulama' itu waris sekalian para Nabi" • "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi • "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim) Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang. Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya. • JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 tahun 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN. MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM cet det 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr cet det cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr cet det telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr cet det adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran? UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Thursday, October 16, 2008

NOTIS MESYUARAT AGONG AMK BAHAGIAN HULU LANGAT SELANGOR.

MESYUARAT AGONG AMK BAHAGIAN



LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI BANDAR RINCHING, SEMENYIH

WAKTU :10.00 PAGI

TARIKH :26-10-2008

KEHADIRAN :AHLI- AHLI AMK BAHAGIAN HULU LANGAT.


Semua Ahli AMK Bahagian Di Jemput Hadir.

Monday, September 08, 2008

FADHILAT RAMADHAN........

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

ISU MB SELANGOR; PUTAR BELIT MEDIA ARUS PERDANA

September 8th, 2008 at 5:04 pm

KENYATAAN MEDIAANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
8 SEPTEMBER 2008
ISU MB SELANGOR; PUTAR BELIT MEDIA ARUS PERDANA
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia kecewa dengan laporan berat sebelah yang dimainkan oleh media arus perdana berkaitan isu MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak turun padang meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampong di Selangor baru-baru ini.
Media arus perdana cuba menggambarkan bahawa MB Selangor tidak mempedulikan nasib rakyat yang ditimpa malapetaka dan menganggap perbuatan tersebut hanya membazirkan masa beliau semata-mata.
Hakikatnya, beliau telah mengarahkan 2 orang Exconya iaitu YB Rodziah dan YB Dr Halimah Ali untuk menguruskan hal tersebut. Malah beliau turut mengarahkan melalui sms supaya mangsa ditempatkan di dewan dan memberi jaminan makanan serta perlindungan dengan segera. Selanjutnya beliau memantau perkembangan berkaitan secara dekat melalui 2 Exco tersebut disamping terus mengusahakan bantuan tambahan buat mangsa.
Namun begitu, AMK menasihati Tan Sri Khalid supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan memandangkan Barisan Nasional khususnya UMNO akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk menyerang pimpinan negeri-negeri di bawah pakatan rakyat. AMK tetap menegaskan bahawa tindakan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat khususnya ketika dilanda bencana merupakan tindakan yang tidak boleh dianggap membuang masa serta membazir.
AMK Malaysia dengan dibantu AMK Selangor akan terus memantau perkembangan masalah banjir yang menimpa rakyat di Dun Selat Kelang dan melalui Skuad AMK akan membantu serta bekerjasama dengan mana-mana pihak didalam memberi khidmat kepada rakyat yang memerlukan.

Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Naib KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor

Sunday, September 07, 2008

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN

30 Ogos 2008

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan 31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa 51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia. Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Thursday, August 21, 2008

Al-kesah kerbau naik ke katil

Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama.CERITANYA: Ada seorang Anak Muda yang telah dipilih oleh orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu, dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini dimiliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan oleh arwah suami perempuan ini. Apabila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga berasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru. Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata, dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga berasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.Kemudian di hadapan orang-orang kampung, Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan sampai dapat..Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam itek, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin – semuanya habis dikebas. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini disimpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang-alik ke pulau itu.Suatu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu, semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.Mengikut cerita yang empunya cerita, Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung lain. Apabila si suami telah berpindah, maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu. Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.Orang-orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.Al-kesah punya kesah – orang-orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu disimpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan. Cerita kerbau jantan yang hilang ini perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan, maka pastilah dia tidak akan diangkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.Apabila orang kampung mendengar jeritan ini, mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang bersama mereka melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.Ketika semua ini berlaku, Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali, maka mereka berasa senang hati dan berundur pulang.Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya, dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu-menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu-lalang di hadapan rumah ini, mereka tidak melihat pun kerbau jantan itu.Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah ditemui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya. Dengan serta-merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak dilantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini ditangkap dan dipasung untuk disula. Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta-merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk disula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka. Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring: Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?Apabila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang-orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal. Macam mana kerbau boleh naik tangga? Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodoh-bodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan. Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang-pukang meninggalkan kampung. Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampung hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun-temurun yang disampaikan oleh nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit. Wallahu a’lam bissawwab.

PKR: Sumpah & DNA, Umno-BN bankrap isu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius beberapa perkembangan yang berlaku mutakhir ini, membabitkan sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan usaha meluluskan Akta Identifikasi DNA di Parlimen.Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, AMK melihat gesaan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turut melakukan sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, adalah gesaan yang tidak berasas sama sekali."Gesaan yang ke atas Datuk Seri Anwar jelas sekali bersifat politik dan bermotifkan peribadi, dalam keadaan sumpah laknat itu sendiri tidak terpakai di dalam prosedur perundangan Islam. "Pandangan tegas beberapa ulamak dalam dan luar negara perlu dipandang serius, apabila sumpah laknat Saiful tidak menepati syariat dan membelakang prinsip perundangan Islam yang telus lagi adil," katanya dalam satu kenyataan.Shamsul berkata, di saat Saiful terus dilindungi polis sehingga kini, bukan menjadi sesuatu yang sukar bagi rakyat untuk membaca percaturan politik sempit tajaan Umno-BN.'Usaha terdesak'"Tindakan kerajaan yang kelihatan tergesa-gesa membawa rang undang-undang Akta Identifikasi DNA ke Parlimen Isnin lalu, juga jelas menggambarkan usaha terdesak mereka untuk melengkapkan konspirasi tempang ciptaan Umno-BN untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar untuk memimpin rakyat Malaysia selepas 26 Ogos depan."Jika benar Akta tersebut telah digubal semenjak tahun 2001 sebagaimana didakwa oleh Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri sendiri, mengapa ia perlu mengambil masa hampir lapan tahun untuk digazetkan sebagai undang-undang?"AMK mencabar kerajaan untuk membariskan kes-kes jenayah yang menghadapi masalah untuk memperoleh sampel DNA sebelum kes liwat ciptaan Umno-BN ke atas Datuk Seri Anwar ini 'mengambil tempat' pada 28 Jun 2008 lepas, bagi membuktikan Akta ini mempunyai kepentingan yang mendesak," tegas Shamsul lagi.AMK, katanya, akan terus mendepani jentera penerangan Pakatan Rakyat untuk menerangkan kepada rakyat apa yang terselindung di sebalik konspirasi tempang ciptaan Umno-BN ini, supaya kemenangan rakyat terus diperoleh pada 26 Ogos nanti."Malaysia perlu dimerdekakan daripada politik sempit ciptaan Umno-BN!" tambahnya.